PENGURUSAN DALAM ISLAM (DUA2022)
NAMA AHLI
KUMPULAN:
1. NUR ILMIAH BINTI ZAMRI
10DPM17F1027
2. AINI NATASHA BINTI RIDZWAN
10DPM17F1043
3. NUR SYAZWANI BINTI ABU BAKAR
10DPM17F1045
4. NUR ATHIRAH BINTI MOHAMAD
10DPM17F1049
TAJUK: AS-SYURA
NAMA
PENSYARAH: NURUL SHAHIDA BINTI AZMI
PROGRAM: DPM2B
ISI KANDUNGAN
- Objektif as-Syura
- Definisi as-Syura
- Sifat-sifat ahli baik as-Syura
- Kesimpualan as-Syura
As-Syura ini merupakan
pengurusan islam. Kepentingannya ditegaskan dengan nyata di dalam al-Quran dan
dapat dilakukan oleh sunnah Rasullah saw serta amalan para sahabat. Ia juga
merupakan unsur penting dalam kehidupan seharian sebagai umat manusia.
Antara objektifnya
ialah:
- Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik pandangan seorang
- Syura juga akan dapat mengekalkan kekeliruan dan ketidakpastian kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli yang ramai.
- Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini mereka akan merasakan keputusan dibuat itu adalah keputusan yang bijak kerana dibuat bersama bukan keputusan secara individu sahaja.
DEFINISI:
Menurut pandangan
sarjana islam, al-syura merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran. Hal
ini dapat dibuktikan melalui al-Quran. Hal ini demikian kerana, sebuah surah
yang diberi nama oleh Allah SWT dengan menggunakan kalimah “syura”. Surah syura
ini adalah surah ke-42 di dalam kitab suci Allah. As-Syura membawa maksud
muzakarah atau musyawarah secara ringkasnya atau istilah yang mudah difahami
ialah mesyuarat. Ahlu-Al-Halllu Wal Aqdu ialah gelaran kepada ahli-ahli al-syura.
Ia bermaksud orang-orang yang pandai menghurai dan membuat keputusan. Selain itu,
system as-syura ini telah diguna pakai sebelum Rasulullah saw berhijrah ke
madinah dan sistem ini juga telah diaplikasi oleh Saidina Ali bin Abi Talib
semasa zaman pemerintahan khulafa’ Ar Rasyidin
SIFAT-SIFAT BAIK AHLI
AS-SYURA:
Menjadi ahli syura
perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disarankan oleh
Saidina Ali bin Abi Talib ialah seorang yang jujur dan bertakwa. Ini bermaksud
peribadi seseorang yang lahir daripada hati dan iman yang dapat membentuk diri
seseorang itu menjadi lebih baik. Oleh itu, dengan adanya sifat jujur dan takwa
di dalam diri dapat membendung diri daripada melakukan kejahatan. Selain itu,
seorang yang berilmu dan terpelajar daripada segi pengetahuan. Orang yang
berilmu pengetahuan dapat membezakan benda yang baik dan buruk serta dapat
berkongsi dengan orang lain agar ilmu yang diketahui dapat diperluaskan dengan
lebih besar. Seorang yang tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah
dalam melakukan tugas.
KEPENTINGAN AS-SYURA :
Seperti yang kita
maklum, al-syura mempunyai banyak kepentingan dalam sesebuah organisasi. Antara
kepentingan ialah keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih
baik. Dengan adanya al-syura ia akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil
daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam. Sebagai contoh, jika
setiap individu mempunyai keputusan yang tersendiri, akan wujudnya segelintir
manusia yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Oleh yang demikian,
mereka perlulah mengadakan al-syura untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik
yang telah dipersetujui oleh setiap orang.
Seterusnya, al-syura
juga dapat menggelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman. Hal ini kerana ianya
dibincangkan dengan teliti dan juga melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai. Melalui
al-syura juga, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang
dibuat telah diputuskan serta dipersetujui oleh orang ramai yang terlibat dalam
majlis syura tersebut. Sebagai contohnya, jika salah seorang daripada ahli
tersebut mempunyai ketidakpastian atas sesuatu hal ataupun perkara, hal
tersebut akan dibincangkan oleh ahli syura yang ramai untuk kepastian.
Selain itu, syura
merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu, berpengalaman dan
berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka yang berpotensi akan merasakan diri
mereka dihormati dan dihargai terutama apabila berbincang dan membuat keputusan
bersama. Sebagai contohnya, semasa al-syura berlangsung, setiap individu boleh
meminta pandangan serta pendapat daripada individu yang lain. Dalam masa yang
sama, segala kelebihan yang ada pada setiap individu dapat digunakan dengan
baik dan kearah kebaikkan.
KESIMPULAN:
Natijahnya, setelah
mempelajari mengenai as-syura, kita sewajarnya sedar bahawa kita mestilah
mencontohi sifat dan perwatakkan yang ditanam dalam diri masing-masing agar
dapat membentuk diri dan akhlak yang mulia di mata Allah SWT. Selain itu, kita
mestilah mengelakkan daripada sikap prajudis di dalam diri supaya dapat
menerima segala kebaikkan yang terdapat dalam islam dengan sifat terbuka. Pelbagai
sikap dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam syariat supaya kita dapat
mencontohi hanya perkara yang baik. Oleh itu, manfaatkan as-syura ini sebagai
salah satu panduan di dalam kehidupan seharian kita.
RUJUKAN
Pengurusan dalam Islam
Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa
Diterbitkan ada 2015
Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T)
4 Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1
Hicom-Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Nota Ulangkaji Pendidikan Islam
Mohd Helmy dan Rabihah
Diterbitkan dan diedarkan oleh PERKASA UMMAH
ENTERPRISE
B60, Jalan IM 7/1, Bandar Makhota, 25200 Kuantan
Pahang
No telefon: 019-9830484
Email: perkasaummah@gmail.com
Islam dan Pembangunan Sosial
Profesor Muhsin Abd-Al-Hamid, diterjemah oleh Abd.
Rahim Mu’ti
P.O Box: 70 Jalan Sultan, 46700 Petaling Jaya,
Selangor, Darul Ehsan
Mimitakhyul.blogspot.my/2015/06/Pengurusan-Islam-PengurusanIslam.htmm

No comments:
Post a Comment